Aspek-Aspek Keselamatan
PENGENALAN
Keselamatan satu perkara yang perlu di titik beratkan dalam menjamin pengoperasian sesuatu tempat atau loji dengan berkesan dan produktif. Pelaksanaan secara menyeluruh dari kerjasama semua pihak terhadap mematuhi peraturan dan arahan, mengikuti program-program yang dilaksanakan pasti menjanjikan kesinambungan kepada kejayaan pelan yang dirangka.1.0 DEFINISI
1.1 Definisi Keselamatan
Sesuatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan kecederaan atau kerugian (kehilangan).
1.2 Definisi KemalanganKemalangan adalah insiden tidak terancang yang mengakibatkan kecederaan kepada individu, kemusnahan kepada loji dan alatan atau kedua-duanya sekali.
1.3 Definisi HazardApa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau kesihatan.
1.4 Definisi RisikoKebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.
2.0 ASPEK-ASPEK KESELAMTAN
Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu kerja.
- Keselamatan diri
- Keselamatan di dalam bengkel atau di tempat kerja
- Keselamatan semasa membuat kerja-kerja pendawaian
- Keselamatan ke atas pemasangan
- Keselamatan peralatan, mesin dan alat pertukangan
2.1 Keselamatan Diri
Di antara langkah-langkah keselamatan diri yang perlu diikuti ialah:
- Pakaian untuk bekerja mestilah sesuai (PPE) dengan tugas yang dijalankan. Lengan baju yang panjang hendaklah dilipat hingga ke paras siku.
- Cermin mata keselamatan (goggles)
- Sarung tangan (glove)
- Kasut keselamatan (safety shoes/boot)
- Topi keselamatan (safety helmet)
2.2 Keselamatan di dalam Bengkel atau di Tempat Kerja
Terdapat beberapa amalan atau keselamatan yang perlu diterap di dalam kawasan atau tempat menjalankan kerja:
- Pastikan tempat kerja berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk melakukan sebarang kerja mahupun tugasan
- Memastikan kawasan menjalankan kerja mendapat pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi.
- Kenal pasti laluan kecemasan yang digunakan dan pastikan ianya tidak dihalang oleh objek-objek yang boleh menyukarkan untuk dilalui.
- Pastikan sistem-sistem keselamatan di tempat kerja berfungsi dengan baik.
- Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran dan peti pertolongan cemas agar mudah dicapai apabila berlaku kebakaran atau kemalangan.
2.3 Keselamatan Semasa Membuat Kerja-Kerja Pendawaian
- Utamakan kebersihan pada alat atau mesin, tempat kerja atau pakaian. Adalah lebih baik jika mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
- Mengikuti arahan dan amaran yang telah ditetapkan di kawasan kerja.
- Menggunakan peralatan dan kelengkapan yang sesuai dan dalam keadaan baik.
- Membuat pemeriksaan dan pengujian sebelum pemasangan sedia digunakan.
2.4 Keselamatan Peralatan, Mesin dan Alat Pertukangan
- Memastikan peralatan dan mesin yang hendak digunakan adalah dalam keadaan baik.
- Peralatan atau mesin hendaklah disimpan di tempat yang betul agar ianya tidak membahayakan pelatih.
- Jangan rosakkan, buang atau tutup tanda arahan atau amaran yang terdapat pada alat-alat atau mesin.
- Membuat penyelenggaraan terhadap peralatan dan mesin secara berkala.
- Menggunakan peralatan atau mesin mengikut SOP yang telah ditetapkan.
3.0 PENGENALAN KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI
Kelengkapan Pelindungan Peribadi Personal Protective Equipment (PPE) merupakan kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan. Antara kelengkapan PPE adalah seperti berikut:
3.1 Topi Keselamatan (Safety Helmet)- Topi keselamatan mestilah sentiasa dipakai semasa berada di kawasan tapak pembinaan atau tempat menjalankan kerja.
- Ianya adalah untuk melindungi kepala apabila terkena bahan-bahan atau alat-alat yang terjatuh dari atas.
- Ianya direka untuk mengurangkan bahaya kejutan elektrik, bahaya objek terjatuh, kebakaran dan sebagainya bagi pekerja yang terdedah kepada bahaya tersebut.
- Topi keselamatan wajib mematuhi piawaian ANSI Z89.1-2003 (American National Standard for Industrial Head Protection). Topi keselamatan terbahagi kepada 3 kelas.
Kelas A | Hazard hentakan misalnya diguna dalam industri perlombongan, pembinaan, pembinaan kapal, pembalakan dan pembuatan. Mampu menghalang rintangan penembusan, memberi perlindungan dari elektrik konduktor voltan rendah ( telah diuji dengan 2.200v). |
Kelas B | Hazard hentakan dan penembusan daripada objek tajam dan hazard elektrik, misalnya diguna oleh pekerja elektrik. Mampu menghalang rintangan penembusan, memberi perlindungan dari elektrik konduktor voltan tinggi ( telah diuji dengan 20.000v). |
Kelas C | Hazard impak yang kurang kuat dan tanpa perlindungan hazard elektrik. Diguna dalam industri pembuatan, penapis minyak, loji kimia. Pelindung kepala dalam operasi memadam kebakaran. melindungi dari impak dan rintangan penembusan (biasanya diperbuat daripada aluminium yang mengendalikan arus elektrik). Tidak boleh digunakan di kawasan bahaya elektrik. |
3.2 Cermin Mata Keselamatan (Goggle)
- Cermin mata keselamatan mestilah dipakai untuk melindungi mata dari kecederaan terutamanya apabila membuat kerja yang berhabuk atau sesuatu kerja yang boleh menghasilkan percikan api.
- Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa.
3.3 Sarung Tangan Keselamatan (Glove)
- Menggunakan sarung tangan yang sesuai apabila tangan pekerja terdedah kepada bahaya seperti penyerapan bahan bahaya apabila tangan luka atau melecet, bahaya terbakar, bahan kimia dan sebagainya Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera.
- Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya.
- Jenis-jenis sarung tangan seperti:
Jenis Plastik | Diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan gatal. |
Jenis Fabrik | Membantu menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk. |
Jenis Kulit | Melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau penggeseran pada permukaan kasar. |
Berlapik Besi | Melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat. |
3.4 Kasut Keselamatan
- Kasut keselamatan diperlukan untuk melindungi kaki daripada objek yang berat, tajam dan sebagainya.
- Kasut keselamatan seharusnya mempunyai tapak berlapik dengan bahan kalis haba, hujung kasut (bahagian jari kaki) diperkukuh dengan logam atau pelindung dan tapak bergetah dan berlekuk serta beralur.
4.0 FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN
Faktor-faktor keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja siap dilakukan haruslah diambil perhatian. Antara faktor bagi kemalangan berlaku adalah:
- Faktor kemanusiaan
- Faktor kawasan
- Faktor peralatan dan mesin
- Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam kawasan kerja boleh menyebabkan kemalangan.
- Sikap tidak bertanggungjawab ke atas peralatan yang digunakan sewaktu kerja.
- Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau semasa melakukan kerja.
- Tidak mematuhi segala peraturan dan tatatertib semasa menjalankan kerja.
- Tidak menggunakan peralatan keselamatan PPE yang sesuai semasa berada di kawasan kerja mahupun semasa melaksanakan kerja.
- Kawasan melakukan kerja dalam keadaan tidak kemas.
- Lantai yang licin akibat tumpahan minyak atau cecair yang boleh melicinkan.
- Pengudaraan dan pencahayaan di kawasan kerja terutama kawasan tertutup tidak mencukupi.
- Tidak mematuhi segala amaran dan peraturan kawasan kerja.
- Tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan pada peralatan dan mesin.
- Mengubahsuaikan struktur piawaian peralatan dan mesin boleh mengakibatkan bahaya kepada pengguna.
- Kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan baik pada mesin mahupun peralatan boleh mengundang kepada bahaya kepada pengguna.
5.0 MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEMALANGAN
5.1 FMenyediakan Pelan Tindakan Kecemasa
- Satu pelan tindakan kecemasan bertulis dan terkini adalah perlu sekiranya berlaku kecemasan. Pastikan anda baca dan faham pelan tindakan kecemasan tempat kerja anda.
- Pelan ini mesti mengandungi maklumat tentang jalan keluar dari kawasan kerja dan siapa yang bertanggungjawab dalam kecemasan ini.
- Jalan keluar semasa kecemasan perlu ditentukan untuk semua kawasan kerja dalam bangunan.
- Ketua tindakan kecemasan perlu diberi tugas spesifik seperti memastikan semua kakitangan telah keluar dari kawasan kecemasan.
- Kaki tangan yang berkemungkinan besar memerlukan bantuan semasa kecemasan perlu dikenal pasti dalam pelan tindakan. Contoh: pekerja cacat, sakit jantung dan sebagainya.
- Fire drill perlu dilaksanakan dari masa ke semasa untuk menguji pelan tindakan kecemasan. Seterusnya membuat pindaan di mana perlu.
- Pelan tindakan kecemasan seharusnya diletakkan di tempat yang strategik di kawasan kerja anda.
- Sekiranya jabatan anda tidak mempunyai pelan tindakan kecemasan, dapatkan nasihat dari pihak bomba.
6.0 Rujukan
http://www.dosh.gov.my/mengenai/
http://www.cidb.gov.my/
http://www.perkeso.gov.my/melayu
http://www.niosh.com.my/
Comments
Post a Comment