OSHA (Occupational Safety and Health Act) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Dan Pekerjaan

PENGENALAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sesuatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran ruangan kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin akan terjejas aktiviti-aktivitinya.

1.0          FALSAFAH DAN PRINSIP AKTA

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja (pekerja) dengan bahaya tersebut dan mereka yang mengujudkan bahaya tersebut (majikan).

  •    Peraturan kendiri (Self-Regulation)
  •    Perundingan (Consultation)
  •    Kerjasama (Cooperation)


  • 2.0          SKOP

    Skop AKKP adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali:

    1.    Mereka yang bekerja di atas kepal perdagangan (di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952)
    2.    Angkatan Tentera (ATM)
         Adalah dianggarkan tujuh juta orang yang sedang bekerja dilindungi
    3.    Pengilangan


    3.0          ORGANISASI OSHA DALAM MALAYSIA
    1.    JKKP
    2. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

      1.    Pengilangan
      2.    Perlombongan dan Pengakuarian
      3.    Pembinaan
      4.    Hotel dan Restoran
      5.    Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
      6.    Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
      7.    Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
      8.    Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
      9.    Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
      10.    Perniagaan Borong dan Runcit

      Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

    3.    CIDB (The Construction Industry Development Board)
    4. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan telah ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) untuk mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global.

      Lembaga Pengarah menasihatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pihak lain yang berkepentingan mengenai perkara yang berkaitan dengan industri pembinaan.

    5.    PERKESO
    6. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

    7.    NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health)
    8. NIOSH ditubuhkan pada tarikh 24 Jun 1992 sebagai Perseroan Terbatas dengan jaminan, di bawah undang-undang Syarikat Malaysia, 1965. Sebagai sebuah syarikat, NIOSH diharapkan dapat beroperasi secara cekap dan dengan birokrasi pentadbiran minimum. NIOSH Lembaga Pengarah terdiri daripada 15 ahli Dewan, sepuluh yang dilantik oleh Kerajaan sementara sisanya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Sidang Umum Tahunan (RUPST). Hal ini membuat NIOSH berbeza dari lembaga serupa di negara-negara lain. NIOSH ditubuhkan dengan RM1 juta Pelancaran Grant dari Kerajaan dan lebih RM50 juta Endowment Fund (RM40 juta daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dari Malaysia dan lebih RM 10 juta dari Kerajaan Malaysia), yang akan dilaburkan, dan kembalinya pelaburan akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi NIOSH.



    4.0          TUJUAN

    Antara tujuan penubuhan akta tersebut adalah

    1.     Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja.
    2.    Melindungi keselamatan atau kesihatan orang lain selain daripada orang-orang yang sedang bekerja.
    3.    Mengujudkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
    4.    Mewujudkan satu kaedah sistem perundangan berdasarkan peraturan dan tata amalan industri di samping peruntukan akta.


    5.0          PERUNTUKAN UTAMA
    1.    Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    2.    Kewajipan Am:
      •    Majikan, orang yang bekerja sendiri
      •    Perekabentuk, pengilang dan pembekal
      •    Pekerja
    3.    Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
    4.    Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian merbahaya, keracunan dan penyakit pekerja
    5.    Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan
    6.    Tata amalan industri
    7.    Penguatkuasaan dan penyiasatan
    8.    Liabiliti bagi kesalahan
    9.    Rayuan
    10.    penalti


    6.0          BAHAGIAN IV - KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI

    6.1   Seksyen 15

    “adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.”
    – seksyen 15 (1)


    Ayat “setakat yang praktik’ bermaksud mengambil kiri faktor-faktor:

    •    Teruknya bahaya atau risiko yang terlibat
    •    Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko tersebut dan cara mengawalnya.
    •    Kewujudan cara yang sesuai untuk menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.
    •    Kos yang terlibat menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.

    Majikan hendaklah setakat yang praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka.

    •    Mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan anpa risiko kepada kesihatan.
    •    Membuat pengikiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.
    •    Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya.
    •    Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan keluar dan masuk yang selamat.
    •    Menyediakan persekitaran tempat kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya seperti bising, habuk dan sebagainya selain daripada menyediakan kelengkapan yang mencukupi.
    PENALTI : RM50, 000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.

    6.2   Seksyen 16

    “Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri menyediakan kenyataan bertulis mengenai dasar amnya berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, organisasi dan perkiraan yang sedang berkuat kuasa bagi menjalankan dasar itu dan memberitahu pekerja-pekerjaannya tentang dasar tersebut.”
    – seksyen 16


    Kewajipan menyediakan polisi OSH:

    •    Menyediakan dasar yang bertulis.
          Menyediakan Polisi keselamatan dan kesihatan Pekerjaan (Safety Policy)
    •    Semakan dari semasa ke semasa dasar bertulis.
         Memastikan orang lain selain daripada pekerjanya tidak terdedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankan.
    •    Mengadakan susun atur dan perkiraan di dalam melaksanakan dasar tersebut.
    •    Memaklumkan kepada pekerja.
          Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lain.
    PENALTI : RM50, 000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.

    6.3   Seksyen 17

    “Kewajipan am majikan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain daripada pekerja mereka.” – seksyen 17


    •    Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja.
    •    Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja.
    PENALTI : RM50, 000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.

    6.4   Seksyen 18

    “Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada pekerjanya.” – seksyen 18


    PENALTI : RM50, 000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.

    6.5   Seksyen 19

    “Penalti bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 17 atau 18.” – seksyen 19



    DENDA :   Tidak melebihi RM 50, 000.00
    PENJARA   :   Tidak melebihi 2 tahun

    atau KEDUA-DUANYA SEKALI


    7.0          BAHAGIAN V - KEWAJIPAN AM PEREKABENTUK, PENGILANG DAN PEMBEKAL

    7.1   Seksyen 20

    “Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan loji bagi kegunaan semasa bekerja.” – seksyen 20


    •    Memastikan reka bentuk dan pembinaan loji atau bahan adalah selamat digunakan dan tanpa risiko kesihatan.
    •    Menjalankan ujian dan pemeriksaan bagi tujuan tersebut
    •    Memberikan maklumat yang tepat dalam penggunaan loji atau bahan tersebut.

    Sekiranya gagal mematuhi mana-mana kehendak
    PENALTI : RM20, 000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.

    8.0          OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

    Antara objektif penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK):

    •    Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
    •    Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua hala untuk menyampaikan teguran, pandangan, maklum balas mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
    •    Memupuk minat dan motivasi semua pihak dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


    9.0          FUNGSI UTAMA JKK

    Berikut merupakan antara fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) yang berdasarkan seksyen 31.

    •    Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat.
    •    Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
    • Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan dan hendaklah melaporkan kepada majikan bersama cadangan pembaikan.
    •    Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan.
    •    Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
    •    Menjalankan siasatan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan dengan seberapa segera.
    •    Penyiasatan aduan dari pekerja-bincang dan membuat cadangan kepada majikan.
    •    Seseorang majikan hendaklah menyimpan salinan laporan di tempat kerja selama tempoh minimum tujuh tahun.


    10.0          PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH OSHA 1994
    •    Pernyataan Dasar Am K&K (Pengecualian) 1995
          Employers’ Safety and Health General Policy Statements Exception Regulations 1995
    •    Jawatankuasa K & K (JKK/SHC) 1996
         Safety and Health Committee Regulations 1996
    •    Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian (CIMAH) 1996
         Control of Industrial Major Accident Hazards Regulations 1996
    •    Pegawai K & K (PKK/SHO)-1997
         Safety and Health Officer Regulations 1997
    •    Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997
         Safety and Health Officer Order 1997
    •    Penggunaan & Std. Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (USECHH)-2000
         Use and Standard Exposure of Chemical Hazardous to Health 2000
    •    Pemberitahuan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan (NADOPOD)-2004
         Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Disease Regulations 2004


    11.0          RUJUKAN

    http://www.dosh.gov.my/mengenai/
    http://www.cidb.gov.my/
    http://www.perkeso.gov.my/melayu http://www.niosh.com.my/

    Comments

    Popular posts from this blog

    Aspek-Aspek Keselamatan

    Keselamatan